Thursday, March 23, 2006

SOAL JAWAB

Apa Itu Kursus Gaya Pos?
K
ursus Gaya Pos ialah program pengajian yang diikuti secara jarak jauh. Anda tidak perlu berhenti kerja atau pergi ke kelas. Belajar di masa lapang di rumah anda sendiri. Ia boleh diikuti oleh mereka yang telah bekerja, pelajar-pelajar sekolah, universiti, pegawai dan kakitangan kerajaan atau swasta.

Berkesankah Kursus Gaya Pos?
P
elajar tidak akan merasa segan atau malu untuk bertanyakan sebarang soalan kepada tutor, kerana pelajar dan tutor tidak perlu bersemuka.
Pelajar berpeluang bertanyakan sebarang soalan tanpa batas waktu. Bimbingan tutor berpengalaman secara berterusan.
Pelajar dapat membuat latihan pada bila-bila masa tanpa tekanan daripada guru-guru dan ibu bapa.

Mengapa Kursus Akademi Sarjana Menjadi Pilihan?
A
kademi Sarjana telah berkhidmat kepada pelajar sejak 1997. Berpengalaman dan berwibawa.
Program kursus Akademi Sarjana lengkap dan bersepadu iaitu nota lengkap dan ditulis dengan bahasa yang mudah, jelas dan tepat.

Bila Dan Bagaimana Bahan Kursus Dikirimkan?
B
ahan kursus akan dihantar selepas bayaran diterima.
Penghantaran bahan kursus ialah melalui Pos Biasa iaitu bergantung kepada alamat dan cepat sampai.

Berapa Bayaran Kursus?
L
ihat bayaran kursus di atas.

Adakah Yuran Dibayar Tiap-tiap Bulan?
Ya. Jika anda memilih untuk membayar secara ansuran. iaitu enam (6) bulan (berturut-turut).
Tidak. Jika anda memilih untuk membayar secara tunai (sekali gus).

Berapa Lama Kursus Berjalan?
K
ursus dikira bermula dari tarikh pendaftaran anda diterima Akademi Sarjana, dan berakhir pada penghantaran bahan kursus bagi bulan yang terakhir iaitu bulan keenam.

Bila Patut Mulakan Kursus?
Bila-bila. Bayarannya tetap sama. Bahan kursus yang akan anda terima bermula dari awal sukatan pelajaran.

Bolehkah Dikembalikan Bayaran?
T
idak dibenarkan.

Bolehkah Ditukar Alamat dan Ditunda Kursus?
B
oleh. Maklumkan kepada Akademi Sarjana secara bersurat.

Adakah Akademi Sarjana Memberi Sijil atau Surat Penghargaan?
Y
a. Pelajar akan diberi Sijil Penghargaan setelah tamat kursus.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home