Thursday, March 23, 2006

SEKAPUH SIREH OLEH PENGARAH AKADEMI SARJANA

Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan/puan untuk melayari laman web/blog Akademi Sarjana ini, yang mana ini bererti anda telah menyimpan cita-cita yang tinggi untuk bersama-sama kami mengharungi Kursus Pertuturan dan Penulisan Bahasa Inggeris. Bersama-sama ini kami paparkan maklumat tersebut untuk panduan anda. Sebagai Pengarah di Akademi Sarjana, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua proses pembelajaran daripada anda dapat dilakukan dengan sempurna sehingga anda berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu kami ucapkan syabas kepada anda kerana mempunyai minat untuk menambah ilmu pengetahuan anda di dalam bidang Pertuturan dan Penulisan Bahasa Inggeris iaitu satu-satunya bahasa antarabangsa yang digunakan di seluruh dunia. Kami percaya anda mempunyai cita-cita yang lebih dari apa yang kami jangkakan, jika tidak, masakan anda memaksa tangan anda melayari laman web / blog ini untuk mendapatkan keterangan lanjut dari kami. Oleh itu kami berharap agar anda tidak akan teragak-agak untuk mempelajarinya dari kami.

Untuk pengetahuan anda, kursus ini akan dijalankan dengan cara yang sistematik, teratur dan paling mudah untuk difahami. Kami akan menunjukkan bagaimana anda dapat menyebut tiap-tiap perkataan Bahasa Inggeris dan penggunaannya dengan lebih mudah.

Dari segi harga, kami di Akademi Sarjana telah menawarkan harga seminima yang mungkin di atas kadar kemampuan anda, yang mana, bagi kami apa yang penting adalah khidmat yang berkesan yang akhirnya anda akan mendapat sesuatu manfaat di atas setiap ringgit yang anda laburkan.

Di sini juga saya berterima kasih kepada pihak Edupos Entrepreneurs Centre yang mana pengalaman mereka yang luas di dalam bidang keusahawanan gaya pos telah banyak membantu kami memperluaskan bidang pembelajaran ini melalui kaedah gaya pos yang sememangnya dikenali ramai. Akademi Sarjana telah memilihnya sebagai penasihat dan daripada jasa-jasanya moga-moga kami akan berkembang dengan pesat setanding dengan Edupos Entrepreneurs Centre yang kini telah berkembang dengan pesatnya di dalam bidang Motivasi dan Keusahawanan Gaya Pos di seluruh Malaysia.

Kami di sini berjanji akan memberikan sepenuh perhatian kepada setiap pelajar yang mengikuti kursus dengan kami dan kami akan memastikan bahawa kejayaan tetap akan bersama anda.

Kursus-kursus yang kami sediakan dikenakan sedikit bayaran yang rendah (RM20.00 sebulan), kami kira telah memberi peluang yang luas kepada anda, dengan bayaran yang serendah itu dan di dalam kemampuan anda untuk membiayainya kami jamin anda tidak akan berasa kecewa.

Faktor masa sahaja yang akan membuatkan anda belum bertindak dan bersedia untuk mengikuti kursus yang anda minati. Kiranya anda menunggu dan terus menunggu, mungkin masa akan terus berlalu dan anda masih berada di tahap itu dan tidak berganjak sedangkan masa tetap berganjak seiring dengan umur anda. Tetapi ILMU PENGETAHUAN anda tetap sekadar apa yang anda ada kini.

Dari itu bertindaklah dari sekarang bagi memenuhi segala cita-cita anda dan kami di sini tetap akan bersama-sama anda untuk memenuhi cita-cita tersebut.

Saya bagi pihak pengurusan Akademi Sarjana sangat mengalu-alukan pendaftaran dari anda, yang mana langkah awal anda akan memberi hasil yang baik untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan. Oleh itu hubungi pihak kami sekarang juga supaya anda tidak terlambat.

Bersama-sama ini juga ada kami sertakan BORANG PENDAFTARAN KURSUS untuk kegunaan anda. Saya nasihatkan supaya anda membuat pendaftaran seawal yang mungkin yang mana dengan sedikit pelaburan, anda akan memperolehi pulangan hasil ilmu yang besar.

Pastikan anda mendaftar!!!.

Akhir kata jumpa anda di puncak kejayaan.


Pengarah
Akademi Sarjana


DAFTARLAH SEGERA ... SEKARANG
Masa Depan Anda Jangan Diabaikan

REBUTLAH PELUANG INI
Jangan sampai anda mengatakan ...
"Saya tidak pernah dapat peluang, itu sebab saya tidak berjaya"

BERTINDAK SEKARANG!
MUNGKIN KEJAYAAN
MENANTI ANDA DI AKADEMI SARJANA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home